Amanz

Amanz

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

All Episodes

Grab telah pun disenaraikan di NASDAQ. Tetapi mereka memulakan hari pertama dagangan dengan nilai harga saham syarikat itu susut. Mat Pis dan Yem merungkai apa yang baik dan apa yang buruk tentang penyenaraian Grab di NASDAQ ini. Selain itu, Didi Chuxing akan meninggalkan pasaran Amerika Syarikat dengan menyahnaraikan saham mereka di sana, dan akan beralih ke pasaran saham Hong Kong. Apa yang menyebabkan perkara ganjil ini berlaku? Ikuti perbualan Mat Pis dan Yem. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Dec 5

40 min 17 sec

Syarikat pembuat cip terbesar di dunia - Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) akan meluaskan perniagaan mereka ke Eropah Timur. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Dunia (PBB) mengumumkan sebuah kerangka kawal selia untuk Kecerdasan Buatan (AI). Teman Amanz kali ini akan merungkai isu NFT.  Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Nov 29

51 min 31 sec

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menetapkan beberapa syarat kepada Digital Nasional Bhd (DBB) berkaitan dengan 5G. Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan hukum asal bagi membeli dan menggunakan Android Box adalah harus. Tetapi ia menjadi haram apabila ia digunakan untuk mengakses sejumlah kandungan berbayar dengan cara yang salah. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Nov 27

47 min 3 sec

EA Sports dan FIFA mungkin tidak akan perbaharui kontrak kerjasama mereka apabila ia tamat pada pertengahan tahun 2022 (selepas Piala Dunia Qatar). Ini akan akhiri permainan terkenal seluruh dunia iaitu FIFA 22 dan versi-versi awal yang lain. Selain itu, Apple mungkin akan perkenalkan kereta keluaran mereka seawal tahun 2025. Ikuti perbincangan Mat Pis dan Yem tentang perkara-perkara ini dan lain-lain lagi. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Nov 23

48 min 52 sec

Buat pertama kali dalam lima tahun, keuntungan Alibaba jatuh mendadak. Tetapi pelaburan syarikat itu di dalam awan dan penghantaran meningkat. Sementara itu, Huawei meluaskan perniagaan awan mereka di Asia, dan untuk Teman Amanz, Mat Pis dan Yem menjawab soalan tentang implikasi 'Apple Self-Repair Program'. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Nov 22

39 min 11 sec

Pilihanraya Negeri Melaka 2021 membuahkan beberapa hasil yang tidak dijangkakan. Mat Pis dan Yem mengolah kembali apa yang terjadi di Melaka, dan bagaimana ini memberikan implikasi terhadap dunia perniagaan dan teknologi di Malaysia. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Nov 21

35 min 26 sec

Perang penstriman akan menjadi semakin hangat tahun 2022 dengan Paramount+ akan ke dilancarkan ke peringkat global di awal 2022. Sementara itu, jualan 11.11 peringkat dunia sangat malap bagi tahun 2021. Manakala Teman Amanz pula menggariskan kepentingan Indonesia di rantau ini susulan Presiden Jokowi mempelawa Elon Musk untuk mengasaskan 'pelabuhan angkasa' di negara itu. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Nov 18

54 min 4 sec

Pharmaniaga sedang menjalankan ujian menggunakan dron dalam menghantar ubat. Selain itu, Mat Pis dan Yem membincangkan tentang perkembangan terkini tentang Astro yang membolehkan pengguna menonton Netflix, Disney+ Hotstar dan lain-lain lagi menggunakan kotak Astro. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Nov 17

45 min 53 sec

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Canalys telah memetakan lima pembuat telefon terbesar di dunia. Tetapi mengapa urutan mereka begitu? Dan kenapa Apple, walaupun tidak menakluki pasaran secara gah, mengapa mereka bernilai AS$2 Trillion? Teman Amanz pula bertanyakan tentang isu syarikat-syarikat China, samada mereka boleh memebekalkan pasaran dengan nilai perkhidmatan yang sama taraf dengan tawaran syarikat teknologi barat. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Nov 10

1 hr 1 min

Mat Pis dan Yem bincang tentang penukaran nama Facebook kepada Meta. Adakah isu mereka selesai dengan pengubahan nama ini? Juga dalam episode kali ini, AT&S akan melabur RM8.5bil sepanjang tempoh empat tahun untuk kembangkan perniagaan mereka di Malaysia, apakah implikasi kepada jumlah pekerjaan yang akan dicipta oleh mereka di negara ini? Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan pengusaha vape, ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda. 

Nov 4

57 min

Dalam usaha menjaga privasi pengguna, Shopee mula tidak memaparkan nombor telefon pelanggan pada bungkusan kurier. Mat Pis dan Yem huraikan mengapa langkah ini lebih afdal untuk syarikat itu pada masa sama membantu pengguna perkukuhkan data privasi masing-masing. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Ingat Vape, Ingat Sapura. Sapura Mines kini menyokong Cloud Kitchen, sebuah inovasi terkini yang membantu para usahawan untuk memulakan perniagaan penghantaran makanan dengan kos yang rendah.

Oct 27

47 min 49 sec

Podcast Amanz kali ini bincang tentang isu Instagram dan Facebook kehilangan 'potensi' untuk mendapatkan pengguna muda yang terdiri daripada remaja di AS dan serata dunia. Mat Pis dan Yem juga membincangkan tentang isu LinkedIn mengakhiri perniagaannya di China.  Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Oct 22

50 min 51 sec

Tindakan Apple untuk mengukuhkan keselamatan privasi pengguna iOS mereka telah menyebabkan jutaan pengguna mula abaikan carian di Google dan Facebook. Mat Pis dan Yem bincang bagaimana langkah Apple ini bukan sahaja dapat memberikan keselesaan yang lebih kepada pengguna mereka, tetapi juga bagaimana ia menguntungkan dari segi penjualan iklan di platform mereka sendiri. Teman Amanz pula bertanyakan tentang isu cip dan iPhone 13.  Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Oct 19

46 min 45 sec

Bank Negara Malaysia (BNM) menghentikan sementara akses perkhidmatan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) untuk semua agensi pelaporan kredit (CRA), seperti ke CTOS Digital Bhd dan Experian. Mat Pis dan Yem persoal mengapa langkah ini diambil memandangkan tiada penjelasan rasmi telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat.  Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Oct 8

1 hr 4 min

Kamarul Anwar merupakan Penganalisa Kajian Ekuiti, Sektor Media dari CGS-CIMB. Penekanan beliau terhadap syarikat-syarikat media seperti Astro telah memberi imbasan jelas tentang bagaimana industri ini berfungsi. Mat Pis dan Yem bersembang dengan beliau tentang segalanya Astro. Mengapa Astro menjadi sebuah pengendali internet, kenapa Astro bergabung tenaga dengan Netflix dan Disney+ Hotstar, dan lain-lain lagi. Ikuti perbincangan rancak ini sekarang! Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Oct 4

56 min 42 sec

Telekom Malaysia dan Astro umumkan kerjasama membolehkan Astro menjadi salah satu penyedia perkhidmatan internet. Youtube melarang semua kandungan anti-vaksin. Dan Isu bagaimana Facebook akan mengubah cara mereka mengendalikan diri mereka susulan laporan yang menunjukkan bahawa Facebook menyembunyikan kajian tentang bagaimana Instagram penyebab mengapa ramai remaja perempuan mengalami kesihatan mental yang teruk. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Oct 3

56 min 26 sec

Bekas CFO Huawei, Meng Wanzhou dilepaskan oleh pihak berkuasa Kanada setelah mengaku penglibatan beliau dalam transaksi urus niaga syarikat itu di Iran. Hampir serentak, dua warganegara Kanada Michael Spavor dan Michael Kovrig yang ditahan di China juga dilepaskan susulan pembebasan Meng. Apakah implikasi ini terhadap dunia teknologi dan juga diplomasi dua ekonomi terbesar di dunia? Yem dan Mat Pis huraikan. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Sep 28

58 min 47 sec

Aerodyne diletakkan di tangga pertama dalam senarai yang mengandungi 400 syarikat dari seluruh dunia, menurut Drone Industry Insights. Syarikat Malaysia ini berjaya memintas Terra Drone dari Jepun yang sebelum ini di tempat pertama dua tahun berturut-turut. Selain itu, perbincangan tentang laporan Wall Street Journal berkaitan dengan Facebook juga dibincang. Teman Amanz minggu ini bertanyakan tentang isu China dan CPTPP.

Sep 26

49 min 50 sec

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Bloomberg, ekonomi Malaysia akan pulih lebih ketara dalam tahun 2022. Mat Pis dan Yem bincang tentang isu ini. Turut dikupas, isu Rusia saman Facebook dan Alphabet. Teman Amanz kali ini merungkaikan tentang isu bagaimana COVID-19 akan membiasakan ujian pantas. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Sep 21

37 min 24 sec

Apple telah melancarkan beberapa produk, iaitu empat jenis iPhone 13, iPad 9, iPad Mini 6, dan Apple Watch Series 7. Tetapi perkara yang menarik untuk pasaran Malaysia adalah pengumuman pelancaran Fitness+ di Malaysia menjelang akhir tahun ini. Mat Pis dan Yem bincang tentang implikasi pelancaran produk Apple tahun ini. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Sep 16

1 hr 21 min

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) menegaskan bahawa perjanjian di antara Pembangkang dan Kerajaan adalah sebuah memorandum persefahaman (MOU) dan bukan perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA). Yem dan Mat Pis bincang tentang implikasi dokumen ini terhadap urusan parlimen. Turut dibincangkan adalah tentang isu AliPay di China, dasar kerajaan Malaysia terhadap isu kelestarian, dan juga baik dan buruk minggu ini. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.

Sep 14

58 min 7 sec

1. Celcom umum bahawa mereka akan lancarkan 5G pada akhir tahun 2021 2. Apple akan umumkan iPhone baharu 3. TM dan Tata Communications akan bina internet di pedalaman ASEAN 4. Adham Baba hendakkan 5 unicorn dari Malaysia 5. COVIDNOW! Gitu.

E

Sep 13

1 hr

Salah satu perkara yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini adalah isu kabotaj Malaysia, yang turut membuatkan beberapa syarikat gergasi internet dunia yang menghubungi kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini. Pada episod kali ini, kita melihat kepada masalah kabotaj Malaysia, disamping turut membincangkan berkaitan dengan perkembangan teknologi dan kesihatan - termasuk Theranos dan perkembangan terbaru seumpamanya.

Sep 10

1 hr 7 min

WhatsApp pada minggu ini disaman oleh pihak berkuasa di EU, disebabkan oleh isu melibatkan privasi. Ini bukan kali pertama, tetapi beberapa kali pihak WhatsApp telah disaman pihak berkuasa beberapa negara. Disamping itu, pada episod kali ini, kami turut membincangkan berkenaan mesin aiskrim di McD (Amerika Syarikat) yang sering mengalami masalah, membuatkan pengguna tidak boleh membelinya.

Sep 5

1 hr 2 min

Baru-baru ini, kita telah melihat syarikat penerbitan digital Politico dijual pada harga mencapai $1 bilion. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan dengannya. Disamping itu, kita juga menjawab persoalan pembaca berkenaan percukaian 30% yang dikenakan Apple untuk AppStore, selain turut melihat kepada beberapa isu semasa yang menarik dalam arena teknologi.

Aug 31

1 hr 10 min

Perdana Menteri Malaysia kini telah memperkenalkan senarai kabinet baharu, sekaligus mengumumkan menteri yang akan menerajui setiap kementerian. Disamping itu, pada episod kali ini kita turut membincangkan kaedah bagaimana Facebook ingin mengawal kesan platform mereka terhadap politik. Selain itu, kita juga menjawab persoalan berkenaan sekuriti siber dan masa depannya.

Aug 27

41 min 8 sec

Pada episod kali ini kita berbincang berkenaan perubahan di Afghanistan, dan bagaimana teknologi digunakan di sana. Selain daripada itu, kita turut menyentuh berkenaan dengan perubahan dan beberapa trend edagang dari Asia, disamping integrasi pilihanraya dan teknologi.

Aug 25

1 hr 2 min

Hari ini, perdana menteri Malaysia ke-9 telah mengangkat sumpah, sekaligus membawa kepada era pentadbiran baharu di Malaysia dengan fokus terhadap pemulihan daripada Covid-19. Pada masa yang sama, podcast kali ini turut membincangkan berkenaan dengan perkembangan di China yang memberikan kesan terhadap saham-saham syarikat teknologi di sana. Selain itu, kita juga membincangkan secara ringkas mengenai OnlyFans yang kini beralih dan mengharamkan kandungan lucah pada platform mereka.

Aug 21

58 min 34 sec

Minggu ini menjadi tumpuan ramai adalah berkenaan dengan peralihan kuasa dan perubahan Perdana Menteri apabila PM ke-8 telah meletak jawatan, dan kini pencarian PM9 bermula. Pada masa yang sama, kita turut berbincang berkaitan masalah kabotaj yang sekali lagi diperkatakan, selari penubuhan rangkaian oleh Facebook dan Google di rantau Asia Tenggara.

Aug 19

50 min 55 sec

China sedia terkenal dengan ekonomi berbentuk kawalan, dan terbaru sejumlah syarikat melibatkan pendidikan dilihat menjadi sasaran dalam kawalan ini. Disamping itu, pada episod kali ini kami menyentuh secara ringkas berkenaan syarikat terkaya dunia, selain monopoli industri muzik oleh Tencent.

Aug 17

57 min 36 sec

Pada podcast kali ini, kita melihat kepada crackdown yang sedang berlaku di China melibatkan pelbagai syarikat-syarikat teknologi yang berpusat di sana. Disamping itu, kita juga melihat kepada peningkatan kandungan mikro yang semakin popular, dan mungkin memberikan kesan terhadap bagaimana pengguna akan menikmati media pada masa akan datang. Akhir sekali, episod kali ini turut menyentuh berkenaan trend pelbagai syarikat yang kini membangunkan cip mereka tersendiri.

Aug 10

57 min 40 sec

Pada episod kali ini kami membincangkan dengan lebih menyeluruh berkaitan dengan pasaran langganan kandungan yang semakin diimplementasikan ramai dari hari ke hari. Selain langganan video, kita juga sedia melihat pengenalan penstriman muzik, permainan, malah kini kandungan bertulis untuk analisa dan berita. Disamping itu, AmanzCast kali ini turut membincangkan berkenaan dunia influencer yang semakin popular.

Aug 7

1 hr 11 min

Arena perbankan digital semakin hangat dari hari ke hari. Selepas penutupan penerimaan borang permohonan, kini Bank Negara dalam proses menilai segalanya, sebelum mengumumkan sehingga 5 penerima lesen bank digital di Malaysia pada awal 2022 kelak. Selain daripada itu, pada episod kali ini juga kami membincangkan berkenaan OYO yang dikatakan sedang dalam perbincangan menerima pelaburan daripada pihak Microsoft, selain berkenaan watak pelakon Black Widow yang menyaman Disney+.

Aug 3

55 min 39 sec

Kembali kepada satu lagi episod podsiar, dimana pada episod kali ini kita membincangkan mengenai masalah pengeluaran cip yang memberikan kesan kepada pelbagai industri - daripada automotif, peranti mudah-alih, peralatan elektronik, dan sebagainya.

Jul 31

1 hr

Episod kali ini kita membincangkan berkenaan penyertaan CNN dalam arena penstriman berbayar melalui CNN+. Pada masa yang sama, salah satu topik hangat minggu ini adalah berkaitan dengan hartal dalam industri kesihatan. Podsiar episod ini turut membincangkan berkenaan dengan keperluan parlimen hibrid, selain passport untuk vaksin.

Jul 27

48 min 27 sec

Astro kini dilihat ingin menjadi salah satu pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan penstriman video dibawah satu tempat. Mereka sedia menambah HBO Go, Disney+, dan sedia mengumumkan kerjasama dengan Netflix. Pada masa yang sama, Astro telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri, dinamakan Sooka. Pada episod kali ini, kami membincangkan menyeluruh berkaitan hal ini.

Jul 24

1 hr 2 min

Pada episod kali ini, kita melihat kepada arena DeFi yang hangat diperkatakan, dimana Square ingin memfokuskan kepada arena Bitcoin. Disamping itu, kita membincangkan berkenaan perkembangan vaksin di seluruh dunia dan kesannya terhadap perkembangan ekonomi. Episod kali ini juga kami membincangkan secara ringkas berkenaan dengan Netflix Gaming.

Jul 21

53 min 16 sec

Pada episod ini kita melihat kepada dua perkara utama, iaitu berkenaan dengan ekonomi China dan tahap pemulihan mereka pasca Covid-19, selain pada masa yang sama kita melihat adakah akan berlakunya lebih banyak penyatuan arena media sosial dalam tahun-tahun akan datang. Episod kali ini juga menyentuh berkenaan dengan statistik perkembangan gaji di Malaysia yang menyaksikan penurunan. Mempunyai sebarang input, jangan lupa hantarkan kepada ask@amanz.my untuk segmen #TemanAmanz. :)

Jul 17

56 min 57 sec

Podsiar Amanz kali ini melihat kepada beberapa topik teknologi dan bisnes yang menjadi tumpuan ramai akhir-akhir ini. Antaranya adalah berkaitan dengan pelaksanaan cukai syarikat teknologi pada peringkat global. Disamping itu, kita juga melihat kepada perkembangan gergasi teknologi di Asia Tenggara, dan juga berkaitan dengan bank digital di Malaysia.

Jul 11

1 hr

Pada sesi #OffTopic di Amanz kali ini, kita melihat kepada perkembangan ringkas berkaitan politik, disamping pada masa yang sama melihat kepada perkongsian statistik semasa berkaitan pengangguran dan juga kesihatan mental. Disamping itu, salah satu portal baharu yang dibangunkan komuniti untuk komuniti adalah KitaJaga.co untuk memudahkan orang ramai mendapat bantuan.

E

Jul 8

49 min 37 sec

Dibawah siri episod podcast yang diberikan nafas baharu ini, kita melihat kepada beberapa topik berbeza dan diluar teknologi, iaitu berkaitan dengan isu semasa terbaru, melibatkan PKPD, ekonomi dunia, ESG dan juga situasi politik.

E

Jul 6

54 min 19 sec

Podcast Amanz kini kembali setiap minggu, bersama Yem dan Mat Pis, dimana kita akan membicarakan berkenaan dengan sejumlah perkara melibatkan arena teknologi dan perniagaan. Jom langgan dan kongsikan bersama rakan anda yang lain. Episod baharu akan diterbitkan bermula Julai 2021.

Jul 2

1 min 53 sec

Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka, dinamakan Samsung Galaxy S21. Pada podcast di Amanz kali ini, kami bersembang berkenaan penawaran Samsung terbaru ini, dan apakah menarik dan kurang menarik melaluinya.

Jan 17

1 hr 11 min

SKMM sebelum ini sedia melakukan kajian untuk pelaksanaan MyID - sekaligus memudahkan pengguna mengunakan satu identiti untuk pelbagai tujuan. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan penggunaan dan konsepnya dalam kehidupan harian kita - dan sama ada ia relevan atau tidak.

Jan 12

14 min 55 sec

Arena teknologi sering berkembang dengan pesat, termasuk di Malaysia. Pada video #SembangLebat ringkas awal tahun 2021 ini, kami membincangkan berkenaan sejumlah ramalan menarik yang dijangka hadir pada tahun 2021 ini.

Jan 3

26 min 20 sec

Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat semua. Dalam video kali ini kami akan lebih membincangkan topik hangat yang berlaku sepanjang tahun 2020 seperti peralihan Apple daripada Intel, Scam paling terkenal iShare fans, Perang perdagangan kini melarut sehingga jenama DJI dan sebagainya. Tonton video penuh kami ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Jan 1

1 hr 12 min

Dalam arena video, kita sedia melihat pelbagai kandungan kini ditawarkan pada resolusi mencapai 4K. Tetapi, bergerak kehadapan, beberapa penerbit media telah mula melihat kearah penstriman menggunakan resolusi lebih tinggi, iaitu 8K. Jadi, mungkinkah kita akan melihat kandungan 8K lebih popular pada tahun 2021 kelak?

Dec 2020

14 min 15 sec

Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa kenderaan elektrik di pasaran tempatan, Bergerak ke 2021, kami menyasarkan arena kenderaan elektrik terus berkembang dengan positif, selain kita mungkin melihat integrasi sokongan swapandu asas pada lebih banyak kenderaan yang dijual di Malaysia. Pada #Menuju2021 kali ini, kami melihat kepada beberapa implementasi sokongan kenderaan elektrik, dan bagaimanakah perkembangannya untuk tahun 2021 kelak.

Dec 2020

15 min 50 sec

Tahun ini menyaksikan Sony dan Microsoft masing-masing memperkenalkan konsol generasi baru mereka, selain Nintendo turut memberikan cabaran melalui siri Switch. Menjelang 2021, pelbagai peralihan akan berlaku ke arena konsol generasi baru, dan pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan peralihan ini, dan perang dalam arena permainan video ini.

Dec 2020

14 min 22 sec

Kenderaan terbang bukan lagi oerkara yang mustahil yang pernah dibayangi manusia ketika zaman dahulu kala yang menggambarkan kenderaan akan menggunakan sayap seperti kapal terbang. Tahun 2020 kenderaan terbang menggunakan kipas yang lebih cekap dan senang untuk dibina. Dalam podcast kali ini kami akan membincangkan apa yang berlaku dengan kenderaan terbang dan dron penghantaran dan potensinya pada tahun 2021.

Dec 2020

17 min 35 sec